Sunday

Kita Hanya Hamba!

Bismillahirrahmanirrahim...
   

Hari ni dengan sukacitanya aku ingin mengongsikan
 apa yang telah aku ambil daripada seorang ustaz 
yang sanggup datang jauh2 dari Gombak pada malam weekend
 semata2 ingin menyampaikan amanahnya sebagai seorang hamba...

Tajuknya sangat mudah...
 Ciri Ciri Ibadurrahman...





Bolehlah refer ayat 63 sampai ayat last surah Al Furqan... 
tapi perkongsian itu sampai pada ciri yang ketiga sahaja...ciri yang seterusnya akan di sambung nanti...
Ciri2 Hamba kepada Arrahman ni yang aku ingin kongsikan ialah:
Berjalan di atas muka bumi dgn perasaan rendah diri dan tenang...
Berjalan dengan rendah diri dan tenang ni bukanlah maksudnya berjalan dengan lemah longlai kerana ada satu kisah pada zaman saidina Umar,
Seorang pemuda telah ditegur kerana berjalan seperti orang lemah,..sangat lembut dan longlai...
lalu saidina Umar berkata,,
              Islam Bukan Satu Agama Penyakit
nampak tak,Allah jadikan Islam sebaik baik agama  yang mencergaskan penganutnya..
                                                ayuh menjadi cergas dan gojes.
Hidup ada tujuan..Kena kuat..Kena usaha!!

kita kena ingat,walau sebesar manapun nama kita,pangkat kita,kekayan yang melambak2,semua tu bukan kita punya punnn...even diri kita ni pun bukan kita punya juga..
.
Semua itu adalah pinjaman wahai ibu2,bapa2,kakak2,abang2,pakcik2,makcik2,adik2!!


Jadi kalau rasa nak cakap semua tu kita punya,milik kita,ingat balik,Allah hanya bagi kita pinjam sahaja yaa...
Bila kita tahu Allah yang bagi semua ni,maka otomatiknya,secara logiknya,kita akan rasa rendah diri dengan apa yang kita ada niii...

Pesanan khas untuk diri yang mudah lupa dan alpa:Sentiasa merendah diri dan Jangan terlalu mengikutkan nafsu sahaja 



Ada satu hadis Rasulullah yang menyenaraikan 7 VIP masa Hari Kebangkitan yang akan dinaungi Allah...
Golongan itu adalah...jeng jeng jeng...:






1) Imam yang adil
2) Pemuda yang selalu beribadah kepada Allah

3) Pemuda yang hatinya selalu terikat kepada masjid

4) Dua orang yang saling bertemu & berpisah kerana Allah
5) Pemuda yang diajak berbuat maksiat oleh wanita bangsawan yang cantik, tetapi dia menolak lalu berkata; "Aku takut kepada Allah."

6) Orang yang bersedekah secara sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya

7) Orang yang selalu berzikir bersendirian sehingga mengalir air matanya.






Bila baca hadis ni rasa macam,, "mampu ke aku nak jadi golongan ini??"
Ustaz ku berkata,ada satu yang paling mampu kita buat,,,iaitu ciri yang ke 4...
sebab hidup kita memang tak boleh lari kan daripada bersahabat...



Saya sayang Sahabat kerana Allah..tapi bagaimana kita dengan senang lenang menuturkan ayat itu???
jangan lupa,dalam sayang itu ada tanggungjawabnya utk membimbingnya ke arah kebaikan,,Jangan tinggalkan dia dalam kemaksiatan dan keburukan...

Ciri yang ke 3 tu macam mudah,tapi memerlukan azam yang tinggi lahh...tak boleh memalas malasan kannn.Bukan mudah nak memautkan,memahatkan hati kita kat masjid,lagi2 dengan kekangan masa antara kelas dan belajar,macam2 lah kan,..tapi kena ingat,
HENDAK SERIBU DAYA,TAK HENDAK SERIBU DALIH... 
.mahukah anda berdalih lagi jika menginginkan syurga di sana??fikirkanlahhh...




sebenarnya semua ciri2 VIP ni ada satu signifikannya,iaitu
semua ciri2 ini mampu dicapai oleh mereka yang berjaya melawan nafsunya
        ..nampak tak benefitnya bila kita lawan nafsu amarah daripada diri kita kannn...




.

ummm,,aku rasa macam entri aku pada hari ini cukup panjang...jadi aku berhenti setakat ni lahh..InsyaAllah lain kali tulis yang lain pula...

Ya Allah,Jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa mentaati diriMu,yang sentiasa hidup dalam kesedihan memikirkan dosa2 ku,yang sentiasa mengharap pandangan rahmat dan cintaMu..Ya Allah,kurniakan lah kepadaku apa yang baik dari sisiMu...Amiinn..