Sunday

Blurbbb...

Bismillahirrahmanirrahim..



Here we go.
Lama sangat tak menaip ni...
Nak kata busy,tak punnn...
Awak tu bukannya kerja apa pun sampai nak kata busy.
Kalau nak cakap busy,ingat sikit,,
Nabi kita lagi busy,
dengan dakwahnya,dengan urus familynya...
Kalau Hassan Al Banna pulak,
dalam kebusy-an dia memikirkan masalah ummat,
dia cuma tidur 4 jam je dalam sehari,
dan dia still dapat makan malam dengan femly dia..
Amacam,? Boleh challenge tak kebusy-an Hassan Al Banna
dengan kebusy-an kita sebagai seorang student
yang tak pikul tanggungjawab yang berat,
yang hanya duduk goyang kaki time weekend,
yang hanya tahu merungut bila elaun lambat masuk..
Tak malukah kita asyik mengomen dan terus mengomen,
mengkritik itu ini,
Sedangkan kita sendiri yang tak tahu nak berlapang dada dengan apa yang kita dapat.
Tak malu kah kita bila tak reti nak cakap Alhamdulillah bila dapat makan?
Tak perasan ke kita selalu mengomen makanan ni masin lah,
air ni pahit lah...
First word kita adalah komentar mengenai makanan itu.
Apalah salahnya kalau first word kita cakap "Alhamdulillah"
"Allah bagi makanan kat aku even aku banyak buat dosa kat Dia"
Pernah tak buat?
Amalkan tak budaya bersyukur tu?


 Kita kadang kadang mendahulukan perasaan sebelum kita gunakan akal yang Allah dah bagi.
Atas sebab macam tu lah kita terlupa yang lidah kita ni ada tanggungjawab utk lafazkan rasa syukur,
Hati ada tanggungjawabnya utk mengingati siapa yang bagi makanan kat kita.
Jangan rasa diri kita ni dah cukup berkuasa untuk bagi rezeki pada diri sendiri.
Makan guna mulut,siapa bagi kita kudrat nak bukak mulut?
Siapa yang kurniakan enzyme utk digestkan makanan yang dah ditelan tu?
Siapa lagi kalau bukan Allah kan??
Berpada padalah dalam mengeluarkan sebarang kata2 daripada mulut ni.
Lidah meluncur laju,tangan pantas menulis,
Tapi sendiri mau ingat lah,
Apa yang kita lakukan ini akan dinilai pada hari tayangan nanti.
So,beringatlah wahai diri,,,
Ini dunia,Ini bukan medan utk kita bermain2 sahaja k:)

p/s: Anologinya pada kali ini banyak pasal makanan..>.<