Saturday

:(

Bismillahirrahmanirrahim..


Taw tak RINDU tu apa??
Rindu tu satu perasaan yang wujud dalam hati tanpa dipaksa.
So sekarang saya rasa benar2 RINDU pada Mak n Abah.
Rindu kat my brothers!!!
Seriously RINDU!

Ternyata mukaddimah ini penuh dengan word RINDU !
Kenapa rindu itu boleh terjadi?
Sebab saya dah masuk sekolah baru...




Berada di sekolah baru bermakna YOU HAVE TO ADAPT WITH NEW SURROUNDINGS !
First n Foremost, i would like to thank Allah because He gave me an opportunity to breathe in new school n new environment.
First jejak kat sini,
wah...this is what we call as UNIVERSITY.
al maklum selama ni hanya duduk di CFS.
Bak kata my senior,
CFS is a gateaway to the knowledge and virtue,
but main camp is known as Garden...
Alhamdulillah.

Tapi, tapi tapi...
Rindu tetap rindu..
Nak kata tak pernah masuk asrama,
dah nak hampir 4 tahun dah duduk asrama.
This is what we call as family bond.
Family bagi aku adalah sekolompok manusia yang dicipta oleh Allah utk bersama dengan aku tak kira waktu susah atau senang,.
Nikmat after Iman n Islam yang perlu kita appreciate in my opinion adalah nikmat mempuyai keluarga.

Kami tak kaya macam Sultan Brunei,
Kami tak sepopular macam retis2 ni,
Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah,
Dia bagi aku rasa sayang kat family.

Dalam waktu yang singkat berada di rumah adalah sebenarnya waktu yang amat aku rindui,
Andai lah masa boleh diputar,
dah lama aku lompat masuk terus ke masa lalu.
But aku tahu, n aku sedar,

Perkara yang paling jauh dari kita kat dunia ni adalah masa lalu.

This is not my quote,but this is what Imam Ghazali said to us.
Jadi manfaatkanlah segala waktu yang anda ada.
Don't regret then!

Sunday

Blurbbb...

Bismillahirrahmanirrahim..



Here we go.
Lama sangat tak menaip ni...
Nak kata busy,tak punnn...
Awak tu bukannya kerja apa pun sampai nak kata busy.
Kalau nak cakap busy,ingat sikit,,
Nabi kita lagi busy,
dengan dakwahnya,dengan urus familynya...
Kalau Hassan Al Banna pulak,
dalam kebusy-an dia memikirkan masalah ummat,
dia cuma tidur 4 jam je dalam sehari,
dan dia still dapat makan malam dengan femly dia..
Amacam,? Boleh challenge tak kebusy-an Hassan Al Banna
dengan kebusy-an kita sebagai seorang student
yang tak pikul tanggungjawab yang berat,
yang hanya duduk goyang kaki time weekend,
yang hanya tahu merungut bila elaun lambat masuk..
Tak malukah kita asyik mengomen dan terus mengomen,
mengkritik itu ini,
Sedangkan kita sendiri yang tak tahu nak berlapang dada dengan apa yang kita dapat.
Tak malu kah kita bila tak reti nak cakap Alhamdulillah bila dapat makan?
Tak perasan ke kita selalu mengomen makanan ni masin lah,
air ni pahit lah...
First word kita adalah komentar mengenai makanan itu.
Apalah salahnya kalau first word kita cakap "Alhamdulillah"
"Allah bagi makanan kat aku even aku banyak buat dosa kat Dia"
Pernah tak buat?
Amalkan tak budaya bersyukur tu?


 Kita kadang kadang mendahulukan perasaan sebelum kita gunakan akal yang Allah dah bagi.
Atas sebab macam tu lah kita terlupa yang lidah kita ni ada tanggungjawab utk lafazkan rasa syukur,
Hati ada tanggungjawabnya utk mengingati siapa yang bagi makanan kat kita.
Jangan rasa diri kita ni dah cukup berkuasa untuk bagi rezeki pada diri sendiri.
Makan guna mulut,siapa bagi kita kudrat nak bukak mulut?
Siapa yang kurniakan enzyme utk digestkan makanan yang dah ditelan tu?
Siapa lagi kalau bukan Allah kan??
Berpada padalah dalam mengeluarkan sebarang kata2 daripada mulut ni.
Lidah meluncur laju,tangan pantas menulis,
Tapi sendiri mau ingat lah,
Apa yang kita lakukan ini akan dinilai pada hari tayangan nanti.
So,beringatlah wahai diri,,,
Ini dunia,Ini bukan medan utk kita bermain2 sahaja k:)

p/s: Anologinya pada kali ini banyak pasal makanan..>.<

Friday

Seram ke??

Bismillahirrahmanirrahim...










Pengalaman kot yang aku nak cerita hari nii...
Biasalah,setiap weekend yang dirasakan ada chance utk balik,
maka roommates aku akan kembali ke rumah masing2..
meninggalkan aku sensorang di sini...sob3
Relax lah oiiii...Jangan nak rasa forever alone sangatlah kannn...
ALLAH KAN ADA!!!






nak dijadikan cerita,bila dah tinggal sensorang nii,bukannya reti nak menumpang @ squatting kat bilik orang kannn...
Dengan bangganya berkata dalam hati,
Boleh kot tidur sensorang...
Tapi Allah nak uji aku...
Dia nak tengok sejauh mana aku meletakkan pengharapan aku pada Dia,,
Tengah nak melelapkan mata, dah nak melayang ke alam mimpi,
tetiba aku rasa macam ada orang datang...
Bukak pintu,
padahal time tu aku dah kunci pintu siap lock lagi pakai rantai besi tuuu
Dalam tidur still boleh dengar n dalam hatiku berkata,
Aku dah kunci kot pintu tu tadi..asal dia boleh masuk??
Then aku nak tengok siapa dia tapi aku rasa dia datang dekat telinga aku n hembus angin kat telinga aku niii...
Aku dah cuak...
woiii,siapa ni wehhh...apa niii..(dalam hatilah)
macam mana dia boleh masuk,
ahhh sudahh..laptop tersadai atas meja study..
pencurikkah ituuu....

tetiba aku rasa badan aku tak leh gerak,kepala aku keras,tak leh nak pusing nak tengok siapa dia tu lah kann, yang buat aku lagi panik, lidah aku...
Aku tak boleh nak baca ayat kursi!!!
Pastu aku nak sebut nama Allah tapi lidah aku kaku,matiii
after a while,aku dok paksa jugak sebut nama Allah,

then kepala aku berjaya di pusingkan...
Aku pandang sekeliling...
Apa sebenarnya yang berlaku niii...
Apa niii,,,
Aku terus capai selimut,simpan lappy bawah meja then keluar g bilik selang dua pintu dari bilik akuu...
Ketuk punya ketuk,maka pintu pun dibuka..
Bukan niat aku nak kacau kau kawan,tapi aku cuma nak tumpang tidur je...hehehe
After insiden tu,aku terus pikir,apa sebenarnya yang Allah nak suruh aku tahu??
sikit sebanyak aku dapat tahu yang aku perlu ingat kat Allah..
Sebelum tidur tak baca doa...
Dahlah seharian banyak melilau sekitar kampus..
cehhh,,macam orang busy je kann...
umm,lain kali,sebelum tidur,ambik wuduk,baca doa,mulut tu kena selalu sebut nama Allah,hati kena selalu ingat Allah...That's it:)







Saturday

H A R A P A N

Bismillahirrahmanirrahim..



betullah..kadang2 Allah tak bagi pun apa yang kita minta tapi Allah bagi apa yang kita perlu..




Ada satu scene dalam hidup aku buat aku sedar,buat aku reflex balik diri akuu...
Aku rasa bagi aku,benda tu sikit je..aku tak bersyukur .
tapi Allah tegur aku...
Allah hantar hambaNya yang lain supaya cakap dengan aku...
Betapa bertuahnya aku..
masa tu aku terus tersedar...
ehhh...betulllah..
Allah baik sangat..
Dia bagi apa yang sepatutnya kepada aku...
Dia still sayang kat aku walaupun aku banyak buat dosa.
.
Betapa sombongnya manusia.
Diberi nikmat tapi dilupakan
Dikurniakan kekayaan tetapi menyalah gunakannya..



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah







Dan semalam,aku tersedar,aku rasa sayu sangat...
masa ada seorang sister tu baca doa lepas solat maghrib,

   Ya Allah kurniakanlah kepada kami rasa cukup dengan yang sedikit,
Kurniakanlah kepada kami rasa bersyukur dengan yang banyak..


paappp,sebijik kena kat aku...aku rasa macam,

                                            Ya Allah,hinanya aku..
                                            aku susah nak rasa cukup..
                                          aku susah nak lafazkan syukur..


dan bermula dari titik ini,aku perlu berubah..
berubah utk lebih dekat dengan Allah.....
Berubah utk lebih meletakkan kebergantungan aku kepada Allah...
Astaghfirullah:)


Sunday

Kita Hanya Hamba!

Bismillahirrahmanirrahim...
   

Hari ni dengan sukacitanya aku ingin mengongsikan
 apa yang telah aku ambil daripada seorang ustaz 
yang sanggup datang jauh2 dari Gombak pada malam weekend
 semata2 ingin menyampaikan amanahnya sebagai seorang hamba...

Tajuknya sangat mudah...
 Ciri Ciri Ibadurrahman...





Bolehlah refer ayat 63 sampai ayat last surah Al Furqan... 
tapi perkongsian itu sampai pada ciri yang ketiga sahaja...ciri yang seterusnya akan di sambung nanti...
Ciri2 Hamba kepada Arrahman ni yang aku ingin kongsikan ialah:
Berjalan di atas muka bumi dgn perasaan rendah diri dan tenang...
Berjalan dengan rendah diri dan tenang ni bukanlah maksudnya berjalan dengan lemah longlai kerana ada satu kisah pada zaman saidina Umar,
Seorang pemuda telah ditegur kerana berjalan seperti orang lemah,..sangat lembut dan longlai...
lalu saidina Umar berkata,,
              Islam Bukan Satu Agama Penyakit
nampak tak,Allah jadikan Islam sebaik baik agama  yang mencergaskan penganutnya..
                                                ayuh menjadi cergas dan gojes.
Hidup ada tujuan..Kena kuat..Kena usaha!!

kita kena ingat,walau sebesar manapun nama kita,pangkat kita,kekayan yang melambak2,semua tu bukan kita punya punnn...even diri kita ni pun bukan kita punya juga..
.
Semua itu adalah pinjaman wahai ibu2,bapa2,kakak2,abang2,pakcik2,makcik2,adik2!!


Jadi kalau rasa nak cakap semua tu kita punya,milik kita,ingat balik,Allah hanya bagi kita pinjam sahaja yaa...
Bila kita tahu Allah yang bagi semua ni,maka otomatiknya,secara logiknya,kita akan rasa rendah diri dengan apa yang kita ada niii...

Pesanan khas untuk diri yang mudah lupa dan alpa:Sentiasa merendah diri dan Jangan terlalu mengikutkan nafsu sahaja 



Ada satu hadis Rasulullah yang menyenaraikan 7 VIP masa Hari Kebangkitan yang akan dinaungi Allah...
Golongan itu adalah...jeng jeng jeng...:






1) Imam yang adil
2) Pemuda yang selalu beribadah kepada Allah

3) Pemuda yang hatinya selalu terikat kepada masjid

4) Dua orang yang saling bertemu & berpisah kerana Allah
5) Pemuda yang diajak berbuat maksiat oleh wanita bangsawan yang cantik, tetapi dia menolak lalu berkata; "Aku takut kepada Allah."

6) Orang yang bersedekah secara sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya

7) Orang yang selalu berzikir bersendirian sehingga mengalir air matanya.






Bila baca hadis ni rasa macam,, "mampu ke aku nak jadi golongan ini??"
Ustaz ku berkata,ada satu yang paling mampu kita buat,,,iaitu ciri yang ke 4...
sebab hidup kita memang tak boleh lari kan daripada bersahabat...



Saya sayang Sahabat kerana Allah..tapi bagaimana kita dengan senang lenang menuturkan ayat itu???
jangan lupa,dalam sayang itu ada tanggungjawabnya utk membimbingnya ke arah kebaikan,,Jangan tinggalkan dia dalam kemaksiatan dan keburukan...

Ciri yang ke 3 tu macam mudah,tapi memerlukan azam yang tinggi lahh...tak boleh memalas malasan kannn.Bukan mudah nak memautkan,memahatkan hati kita kat masjid,lagi2 dengan kekangan masa antara kelas dan belajar,macam2 lah kan,..tapi kena ingat,
HENDAK SERIBU DAYA,TAK HENDAK SERIBU DALIH... 
.mahukah anda berdalih lagi jika menginginkan syurga di sana??fikirkanlahhh...




sebenarnya semua ciri2 VIP ni ada satu signifikannya,iaitu
semua ciri2 ini mampu dicapai oleh mereka yang berjaya melawan nafsunya
        ..nampak tak benefitnya bila kita lawan nafsu amarah daripada diri kita kannn...




.

ummm,,aku rasa macam entri aku pada hari ini cukup panjang...jadi aku berhenti setakat ni lahh..InsyaAllah lain kali tulis yang lain pula...

Ya Allah,Jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa mentaati diriMu,yang sentiasa hidup dalam kesedihan memikirkan dosa2 ku,yang sentiasa mengharap pandangan rahmat dan cintaMu..Ya Allah,kurniakan lah kepadaku apa yang baik dari sisiMu...Amiinn..







Friday

Hambar

Bismillahirrahmanirrahim...


Kadang2 aku betul2 rasa lesu,lelah,penat,,..
Penat tu penat nak jadi baik,,..
masa tu mulalah aku pikir,
"alah,jadibaik pon,penatlah...
orang dok tak percaya kat kita jugak"
tulah yang selalu aku pikir...
lagi satu bila sometimes ada masa yang macam busy sikit..
masa tu mulalah,,,
"ala2,busynya...tak payahlah tegur sapa ngn orang nii"
syaitan mula membisik..
"kau tengah busy kann..
jangan bazir waktu utk berkenal2an nii"
hati mulai membisik,
"silaturrahim itu penting..apa yang di'busy'kan sangat sampai tak boleh tegur orang??"
diri tetiba tersentak...
"aahlah kannn,,,"
Nabi kita lagi busy,
ntah apalah yang aku busykan sampai taknak buat apa yang Allah suka
ini baru sedar pasal nak kembangkan kenalan,nak memelihara silaturrahim
belum pikir lagi pasal urusan masa...
haiyya,banyak sudah terlalai maaa...
astaghfirullah...
mana kredibiliti anda sebagai hamba Allah,sebagai orang islam??
mana??
kemana hilangnya semangat syabab itu??
kata mahu hidup utk raih redha Allah,tapi kenapa selalu lesu?kenapa selalu penat??
kenapa selalu merungut?
kenapa tewas dengan si syaitan itu??
Ya Allah,dikala aku kealpaan,tolonglah ingatkan aku...
dikala aku berasa tewas,bantulah aku..
tamparlah aku dengan tamparan ayat2 cintaMu
kuatkan lah aku dengan pahatan zikrullah Mu

semoga Allah sentiasa kuatkan aku!!


Saturday

Menganjing

Bismillahirahmanirrahim..



ini ada satu cerita..
sebelum tu,nak terangkanlah maksud menganjing..
menganjing tu adalah sejenis binatang yg merangkak dalam gelap.hahha...mohon jangan percaya k...
tadelah...main2 je..
menganjing tu macam mengejek lah jugak...
agaknya kalau2 ada org jatuh ke,atau salah cakap yg menyebabkan something tu funny,kita akan gelakkan tak? n after gelakkan,kita sebut lagi tak pasal benda yg kita anggap funny kat org tu?
kalau ada,means kita menganjing dia lah kan...bunyinya macam anjing kan,tapi tadelah anjing ponnn...cuma maksudnya mengejek je la kann...
haa,,,nak dijadikan cerita,ni sebagai pengajaran la kan...
kalau suka menganjing org,perkara tu meybe akan berbalik pada kita..
sebab menganjing ni bukannya perkara yg baik..kenkadang bisa mengaibkan orang tu kann...
aku nak cerita sikit la kannn...
aku ni adalah menganjing sorang kawan aku ...
aku dok gelak2 kat dia..(jahat kan aku)
pastu,tak lama lepas tu,Allah sedarkan aku......
Allah bagi benda yang sama yang kawan aku kena kat aku pulak.
masa saat tu,tetiba aku sedar..
"padan muka kau,suka sangat menganjing orang..kan dah kena balik"
tapi,aku rasa bersyukur sangat lah sebab aku dapat satu syllabus baru dalam subjek kehidupan ni,
jangan memperlekehkan orang lain,hidup kita bukan selalunya di atas,
pasti ada bawahnya juga..
time kita di atas,ingatlah,akan ada force yang akan tolak kita ke bawah..(rujuk konsep gravitational force)..bila kita kat bawah,kita kena usahakan cari potential force utk naikkan kita ke atas,jangan malas,jangan give up ..
 dan aku akan tetiba je rasa sentap bila kak fiy suruh aku hafal ayat nii...




ayat kat atas ni seyesly buat aku menyesal tyme aku nganjing orang,saiko orang tu lahhh,,...
kak fiy cakap,kalau keadaan kita masih macam tu,masih nak ejek orang,nak permainkan orang,tu maknanya,masih ada karat2 jahiliyah dalam diri..astaghfirullahalazim


semoga aku tak terus berada dalam karat2 jahiliyah..allahu